Oh Allah! Grant me soundness of belief, goodness of character, forgiveness of my sins, and Your eternal pleasure in the Hereafter. ameen .
Sunday, 25 November 2012
Wednesday, 31 October 2012
Life's phenomenon
Here are the things that I learned in life.
That no matter how good a person is, sometimes they can hurt you,
and because of this we must forgive. We dont have to change friends if we understand that friends changed.
The circumstances and the environment influence our lives,
but we are the ones who responsible for our ownselves.
You have to control your acts, or they will control you!
Patience require much practices.
There are people who loves us but simply don't know how to show it.
Sometimes the person you think will hurt you and make you fall is instead one of the few who will help you to get up.
It's not always enough to be forgiven by someone. In most cases you have to forgive yourself first. No matter how many pieces your heart is broken, the world doesn't stop to fix it. Maybe God wants us to meet all the wrong people before meeting the right one. So when we finally meet the right one, we are grateful for that gift.
When the door of happiness closed, another opens. But often we look so long at the closed one. We don't see what was open us. It only takes a minute to offend someone but it takes a lifetime to forget someone.
Don't look for appearances, they can be deceiving. Don't go for wealth because it can be even fade. Find someone who makes you smile because it only takes a smile to make a day better! :)

Tuesday, 16 October 2012
Hidupku dan matiku hanya untukMu..
Aku bertaubat atas dosa-dosa lampauku..
Wahai Tuhan yg Menghidup dan Mematikan..
Janganlah Engkau cabut nyawaku dalam keadaan hina..
Tariklah nyawaku tatkala aku sudah bersedia...
Pasti ada hikmahnya..
Ya Allah..
Terima kasih atas nikmat ujianMu..
Aku kini lebih bahagia..
Banyaknya dosaku tak termampu ku kira..
Tapi diri ini tak sedikit kau lupa..
Agar aku lebih peka..
Bahawa Engkaulah segala-galanya !
Wahai Tuhan yg Menguasai segalanya..
Diri ini Engkau yg punya..
Kau pinjamkan untuk seketika cuma..
Agar aku bisa meraih cinta dan redhaMu di atas dunia..
Dan kepadaMu jua tempat aku kembali pabila tiba masanya..
Ya Allah Ya Tuhanku...
Dengarlah kini rintihan hambaMu..
HambaMu ini teraniaya..
Jauhkan diriku dari sifat ketidakwarasan..
Menggunakan kuasa bukan pada tempatnya...
Semata-mata kepuasan diri cuma..
Ya Allah Tuhan yg mendatangkan sakit dan juga yg memberi penawar...
HambaMu ini sedang sakit...
Sakit yang bertandang tanda ingatanMu terhadap aku...
Satu ujian mentarbiah diri..
Untuk aku segera muhasabah kembali kekurangan dan khilaf diri..
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku gembira dan amat gembira...
Diri ini Engkau yg punya...
Redhakanlah hati ini sebagaimana redhanya Engkau terhadap HambaMu...
Pasakkanlah iman yg padu dalam diriku..
Ya Allah..
Damaikanlah hati ini sedamai hembusan Jannah Firdausi..
Ikhlaskanlah hati ini..
Redhakanlah atas tiap apa yg terjadi..
Terima kasih Ya Allah...
Aku punya Engkau...
Aku punya segala...
Kini aku tenang...
Jauhkanlah hati ini dari hasad...
Ampunkalah diri ini dari sebarang dosa lampau..
Aku kan tenang....
Monday, 1 October 2012
Demi kasihnya ibu
Suatu Hari..
“ Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pendamping hidup “
Sang ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “ Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak kamu akan kecewa, kerana dia pasti menua. Anakku, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi ramai wanita, kerana kamu belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya , kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya. “
“Anakku,
Pilihlah dia kerana akhlaknya yang mulia
Pilihlah dia kerana kasihnya kepada semua manusia
Pilihlah dia kerana imannya”
Tambah sang ibu
“ Ibu, dan bagaimana aku tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu ia kaya, tampan, terkenal ?" tanya sang anak
“Ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”
“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyakkan amalmu…
Dan jika hari itu tiba…
Terimalah jasad yang berani melamarmu. Setidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menebar pesonanya, namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kamu tentu boleh memilih..namun ingatlah Jika kamu alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga nasabnya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya. “
“ Istikharahlah..
Dan…Jika pilihanmu mantap padanya…
Bernikahlah..kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah dan kamu akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu…
Raihlah Cinta bersamanya…
Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…
Kekuranganya akan menjadi bumbu-bumbu cinta diantara kalian..
Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…
Saling memperbaiki akhlak..
Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.
Harungi bahtera rumah tangga denga senyum ceria
Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..
Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaqnya, kukuh azzamnya.
Dan…..
Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati.. “

Tuesday, 4 September 2012
Erti ujian hidup
Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku beragama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna seadanya.
Aku pernah punya kekasih hati. Seorang yang baik, yang banyak mengubah aku. Seorang yang aku selalu bayangkan bakal menjadi imam setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini. Aku rasa rebah seketika. Selera makanku putus. Mengukir senyuman terasa mustahil. Aku habiskan masa depan komputer riba usangku. Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa.
Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang...
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini)."
Setiap kali usai solat, surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat, hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah. Setiap hari komputer riba aku tatapi, mencari sesuatu yang bisa untuk ku hilangkan segala resah di hati.
Dan akhirnya aku tersedar, segala bebanan yang aku tanggung, segala ujian ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku. Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu, Allah mahu mengajar aku erti sebenar ujian-Nya.
Dari situ, satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usang ku. Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.
Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:-
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)
Bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini. Aku bersyukur kerana aku di antara hambaNya yang terpilih untuk diberi ujian. Dari ujian ini lah aku mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana aku tak mahu aku hanya mencariNya di kala aku kesusahan.
Aku mahu aku sentiasa merindui Robbku. Aku mahu setiap gembira ku dimulai dengan Alhamdulillah supaya setiap kesusahan ku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu.Semoga Allah sentiasa membantu aku untuk memperbaiki diriku.
Monday, 13 August 2012
Dia pilihanku....:')
Aku sedang menanti dia…
Seorang lelaki yg akan bergelar suami…
Seorang mukmin yg merindui syahid di jalan ALLAH..
Seorang hambaNYA yg senantiasa zikrullah..
Dia seorang lelaki yg tegas & berani..
Seorang lelaki yg akan bergelar suami…
Seorang mukmin yg merindui syahid di jalan ALLAH..
Seorang hambaNYA yg senantiasa zikrullah..
Dia seorang lelaki yg tegas & berani..
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yg ingin menguasai diri.
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..
Dia selalu menghiburkan aku..
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..
Dengan zikir-zikir munajat..
Dengan surah-surah rindu yg dihafaznya..
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..
Dia memang sentiasa kelihatan penat..
Matanya penat kerana membaca..
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..
Dia sentiasa mengingati mati..
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..
Kita hambaNYA adalah pelakon..
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..
Dia seorang yg penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..
Dia sentiasa tabah & sabar dalam menghadapi dugaan..
Baginya, dugaan-dugaan itulah yg akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak…
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga…
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W…
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..
Kekasih sejatinya dan kekal abadi..
Iaitu ALLAHURABBI…
Dia selalu berdoa & mengimpikan syurga..
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..
Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..
Kerana..
Dia pilihan ku..(^_^)

Sunday, 24 June 2012
Terukir di Bintang ~
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu ...
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu ...
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba ...
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia ..
Hati ini bukan milik ku lagi ..
Seribu tahun pun akan ku nanti..
Kan kamu ..
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku ..
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu ..
Hati ini bukan milik ku lagi ..
Seribu tahun pun akan ku nanti ..
Kan kamu ..
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku ..
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu ..
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu ..
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu ..
Friday, 15 June 2012
Izinkan selamanya namamu dihati ~
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta
Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiringi langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu
Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh
Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini
Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman
Seandainya aku ini membebankanmu,ampunkanlah aku…
Seandainya aku ini menyusahkanmu,ampunkanlah aku…
Seandainya aku ini tidak mampu menjadi seperti yang kau inginkan,ampunkanlah aku…
Seandainya aku ini tidak mampu menggembirakanmu,ampukanlah aku…
Seandainya aku ini tidak mampu membantumu,ampunkanlah aku….
Seandainya aku ini menyakitkan hatimu,ampunkanlah aku….
Seandainya aku ini tidak menegurmu,ampunkanlah aku…
Seandainya aku ini tidak layak untuk bersahabat denganmu,ampunkanlah aku…
Ketahuilah sesungguhnya….
Aku cuba untuk tidak....
membebankanmu,menyusahkanmu,menyakitkan hatimu,….
Aku cuba untuk…
jadi seperti yang kau mahu,menggembirakanmu,menegurmu,…
Cerita tentang kita~
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Tuesday, 20 March 2012
Muhasabah Cintaku....
Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Back to Reff.
Thursday, 15 March 2012
meoww meoww ..
Saya tersangat-sangatlah menyayangi haiwan bernama kucing. *tapi ngade-ngade sikit sebab nak kucing yang comel-comel dan bersih je* bukan tak suka yang comot-comot dan kotor tu, cuma saya agak takut. Sebab kebiasaannya kucing-kucing camtu agak hyperactive. *betolke?* Whateverlah..
Masih teringat ketika saya di tingkatan enam, ketika prep (shortform untuk preparation before class). Sape-sape yang pernah hidup di asrama mesti tau punye ape mende makhluk yang saya maksudkan tu. Hehe. Okay, proceed. Ada sekor kucing datang kat kawasan kami belajar.
" Meooow.. meowww... meowwww "
Makin kuat dan makin lama semakin hampir dengan meja belajar kami. Allahuakbar! saya mengucap panjang tatkala melihat seekor kucing yang sangat sedih keadaannya. Sekilas saya terpandang, kepala kucing tu berlubang sebelah kat tengkorak kepala dia. Allah.. Mesti sakit.. Tak lame lepas tu kedengaran suara beberapa orang rakan sekolah saya.
'' Eeee...busuklah! pegilah buang kucing tu jauh-jauh!!" sambil menutup hidung. Ya, bau yang agak hanyir dan memualkan. Saya memanggil kucing tersebut keluar dari dewan belajar. Kucing tersebut hanya mengikuti. Saya cuba berkomunikasi dengan kucing tersebut walaupun saya tak faham bahasa kucing. Dari suara kucing tu saya dapat rasakan yang ia sangat-sangat sakit. Lantas saya membiarkan beberapa ketika untuk membeli ikan goreng dan kembali semula untuk memberikan ikan tersebut. Kucing tu makan dengan lahapnya. Mungkin lapar sangat kot. Kesian dia. Saya hanya memerhati kucing tersebut. Di lubang yang terdapat di kepalanya, saya terlihat beberapa ekor ulat sedang bergerak-gerak. Alamak! saya nak lari tapi tak sampai hati. Saya hanya menahan rasa gerun, geli dan takut dan buang jauh-jauh.
bau dan keadaan yang sangat kritikal kucing tu membuatkan airmata saya mengalir. makin lama makin deras. Alamak! saya memang agak susah nak menangis tapi malam tu hanya Allah je yang tau kenapa hati saya sangat-sangat sebak. Hati saya sangat tersentuh. Sesak dada saya menahan sedih yang tak mampu nak sorok lagi. Alamak! tetibe saya meraung macam orang kematian suami. Kuat pulak tu. Aduss.. Saya pun tak tahu kenapa la sampai macam tu sekali. Maybe sbb tengok kucing tu menderita kot..kawan-kawan datang pujuk dan tenangkan saya. Aduhai... Saya rasa tak sanggup nak tengok kucing tu lagi. Saya pergi kearah kucing tu dan bercakap-cakap dengannya. Sy doakan dan minta ia mendoakan agar saya selamat dunia akhirat lalu meninggalkan kucing tersebut. Sangat sedih....
Beberapa hari kemudian, ada kawan memberitahu kucing yang saya bagi makan tu dijumpai telah mati tak jauh dr tempat sy jumpa. Akhirnya penderitaannya berakhir juga. Dia juga makhluk Allah yang akan kembali menghadap Tuhan yang menciptanya. hari ini giliran dia, esok lusa kita pula. Moga pengakhiran kita berakhir dengan husnul khotimah. inshaAllah...
SEKIAN..
Wednesday, 14 March 2012
Ujian Apakah Ini? Aku lemah...
Aku berjalan seorang diri, melepasi laluan sunyi itu, menyusuri malam yang penuh dengan gelap gelita, dan hanya bertemankan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa. Tiada angin yang menghembus. Berbekalkan semangat yang hampir ke tahap lemah, aku gagahi jua untuk melangkah pulang ke bilik.
Sendiri. Fikiran jauh menerawang entah kemana. Hanya jasad yang menggerakkan jisim untuk bekerja. Aku paksakan langkahku agar bergerak sepantas mungkin tetapi tiada kudrat. Perlahan-lahan langkah kutuntun, semakin lemah, bila-bila masa akan rebah jatuh kebumi.
Aku menyeka airmata yang sedari tadi bertakung di kelopak mata, agar tidak jatuh tumpah kepipi. Perlahan-lahan aku menahan sebak di dada. Ya! aku menangis. Tetapi didalam hati. tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan Dia. Allah. Aku bergantung harap padaMu. Engkau yang berkuasa, Engkau yang merencanakn sesuatu dan Engkau jualah yang Mengetahui pengakhiran atas segala ujian yang diberikan keatas diriku.
Aku mempercepatkan langkah yang kian lemah, dengan harapan aku bisa menghempas badanku di atas tilam setibanya di bilik nanti. Ia adalah tempat yang paling kerap untuk aku melepaskan kemarahan, kesedihan, kemurungan dan sebagainya. Teman baikku.
Setiba di bilik, aku memulas tombol pintu. Serta merta mata bertentang mata dengan salah seorang dari 'roomate' yang kebetulan memandang tepat ke muka pintu. Aku hanya mampu melemparkan senyuman sekadar yang termampu. Penat. Hanya yang terzahir itulah yang mampu aku berikan tatkala diri dihujani pelbagai tekanan yang seakan tidak relevan pada umurku sekarang. Disaat ini, aku amat memerlukan sebenar-benar ketenangan, untuk aku muhasabah kembali, mengingati kembali apa yang sedang terjadi, dan saatnya untuk aku mengadu nasib pada yang Esa. Aku sangat-sangat lemah ketika ini.
Setiba di dalam bilik, lantas aku mengurus diri setakat apa yang perlu. Dengan cepatnya, aku menghempas badan ke tilam. Airmata yang sedari tadi kutahan-tahan merembes keluar tanpa henti. Penat. Sangat penat untuk mengeluarkan armata. Kurasakan kepala bepusing, mata berpinar-pinar. Aku seperti tidak mampu mengawal emosi lantas keluar menuju ke bilik air. Mengangkat wuduk. Airmata tetap mengalir. Hangat.
Aku teringat wajah ibu dan ayah. Wajah yang bersama-sama denganku tika senang dan susahku. Yang memahami dan menyayangi aku dengan setulus hati. Aku rindu! Ingin rasanya aku terbang pulang kerumah jika aku punyai kuasa sakti. Tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa yang bergantung harap pada sang Murobbi.
"Allah takkan timpakan sesuatu ujian atas hambaNya yang tak mampu untuk tanggung ujian tersebut"
Masih terngiang-ngiang lagi nasihat yang ayahanda sampaikan ketika aku dilanda masalah. Ayah, seorang lelaki yang amat memahami setiap anak-anaknya walaupun tegas dalam didikannya. Aku bangga dikurniakan ayah sehebat beliau. Serasa tidak sanggup untuk aku menghubungi mak dan ayah ketika ini. Bimbang nanti tiada kata yang mampu aku ucapkan, hanya airmata dan esakan yang menjadi perantara. Mungkin akan menimbulkan kerisauan di hati orang tuaku. Lebih baik aku mendiamkan diri. Menanggung sendiri masalah yang aku sedang hadapi.
Di dalam coretan ini, aku meluahkan kesedihan. Aku menangis semahunya agar hari esok, aku bisa ceria seperti kembali, dengan senyuman yang sentiasa meniti dibibir, semangat dan azam yang baru. Malam ini, aku perlu muhasabah kembali, mencari ruang untuk mengenalpasti dan merungkai permasalahan yang menghantuiku sejak beberapa hari. Mungkinkah ada sinar kebahagian? Aku amat-amat mengharapkan. Dia yang mencaturkan sesuatu perkara dalam hidupku, aku harus mengadu padaNya. Moga hari esok, hilanglah segala masalah yang memberati kepala aku. Agar aku bisa tenang, setenang air dilautan..
Tuesday, 13 March 2012
Click !! clik !
Geng Bas Uia's members..Grup yang aku join, yang mana ia tersangat-sangatlah osem! macam-macam ada..
Selamat Bermujahadah Sayangku Zauj . . .
Untukmu Zaujku..
Assalamualaikum Zaujku..
Apa khabar hati dan iman mu hari ini ??
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan??
Soal hati ya??
Wahai Zaujku, payah bukan tatkala kita jatuh cinta??
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang..
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah..
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah..
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta..
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa..
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati-hati kita.
Hadirnya hadiah itu sebagai ujian, sebagai tarbiah.
Tabahlah wahai Zaujku, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui apa yang kita mampu.
Yakinlah.. Rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha mendengar bukan?? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang kamu tidak pernah dengari.
Ingat! Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu..
Bukan hanya semua yang kita mahu.
Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
Semuanya akan menjadi tersangat indah..
Waktu itu akan tiba jua Zaujku..
Saat hatimu dan hatiNya tenang bersatu, diabdikan hanya kepadaNya.
Rasa cinta itu akan tiba kelak. Dekat!
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.
Andai belum cukup bersedia, Mujahadahlah wahai Zaujku.
Doaku padamu agar kamu sentiasa tabah..
Selamat bermujahadah wahai Zaujku.
p/s: dicopy dari Muhammad Hafizool Abd Halim, dan diubah sedikit oleh saya ^_^
Sunday, 11 March 2012
Ku Pohon RedhaMu ..
Ya Allah ..
Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi.. Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan-MU.. Aku memohon dalam kerendahan hati ini agar KAU limpahkan Rahmat Kasih Sayang-MU keatas diriku.. Ampunilah segala dosaku Ya ALLAH.. Tanpa keampunanMU, semakin hinalah langkahku di atas muka bumi ini..
Ya Allah Ya Tuhanku ..
Aku banyak berdosa terhadap kedua orang tuaku.. Aku sering meminggirkan mereka tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah di dalam hati.. Aku terlalu asyik dengan duniaku sehingga membuatkan aku semakin menjarakkan diri daripada-MU..
Ya Rabbi..
Aku merayu dengan setulus hatiku.. Terimalah taubatku dan juga doa keinsafan dariku .. Sesungguhnya aku lemah tanpa pertolongan darimu.. Aku berharap dengan sebenar2 pengharapan keatasMU Ya Allah..
Ya Ghaffar..
Sampaikanlah pahala dari segala apa yang aku perolehi kepada kedua ibu dan bapaku.. Sesungguhnya tiada apa balasan lain yang lebih mulia selain daripada menghuni SyurgaMu yang penuh kedamaian, kenikmatan dan ketenangan Ya Allah..
Ya Fattah..
kepadaMu aku berserah.. Kurniakanlah keatas diriku ketenangan, kedamaian, keikhlasan dalam mengerjakan ibadahMu.. Datangkanlah sifat qanaah dan bersyukur keatas setiap nikmat yang Engkau berikan Ya Allah.. Jadikanlah aku muslimah yang SOLEHAH.. Aku mengharap agar pengakhiranku di dunia ini beakhir dengan husnul khotimah.. penuhkanlah dalam jiwaku sifat ketaqwaan dan keimanan agar aku bisa tenang menghadapMu di akhirat nanti... Jika tidak kerana limpahan Rahmat dariMu, nescaya aku termasuk dalam kalangan hambaMU yang rugi....
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)