Ahlen ahlen ..

Wednesday, 27 February 2013

Gadisku...

Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik…
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang….
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu…
Namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama mawar…
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.......
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......


Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar…
Aspirasi setiap mujahidah….
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya….
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah ......
Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......

Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu
fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani….
Namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
Salah…
Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana
cinta maruah tergadai….
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta…
Cintailah dirimu terlebih dahulu…
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik….
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah …..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Gadisku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi….
Kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali….
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syahsiah muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat….
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama….
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri..."

Friday, 15 February 2013

Belajarlah untuk melupakan kelmarin..


Perjalanan ini sungguh memenatkan. Apa taknya, semakin ke penghujung, semakin penat sedangkan beban bertambah berat, Tanggungjawab semakin sarat. Tapi ad ke pilihan lain untuk meneruskannya? Jawapannya tidak sama sekali. Walau penat dan lemah sekalipun, perjalanan mesti diteruskan.. Hidup selagi hidup, Jangan mati sebelum mati.

"Jadilah rumput nan lembut, tak luruh dipukul ribut..
Jadilah karang di dasar lautan, tak terusik walau dilanda badai sukar..
Hitung kesyukuranmu dalam senang..
Awasi kelapanganmu..
Setitis derita segunung kurniaanNya..
Jangan kau harapkan kesenangan..
Hidup ini satu perjuangan..
Jangan dendam berpanjangan...
Maafkan kesalahan insan..
Dalam diam taburkanlah baktimu..
Dalam tenang padamkanlah amarahmu...
Suburkan sabar dalam jiwamu itu...
Kini kau masih dalam timangan, dewasalah bersama harapan..
Kenalilah erti kehidupan..
Kenalilah islam dan berbahagialah bersama imaan...."

Pergilah dikau wahai kenangan lalu. Pergi jauh tinggalkan aku.. Aku kini lebih bahagia. Sabar cik Solehah... Hidup ini pilihan.. Hidup ini suatu perjalanan.. Jika hari ini kau mengalah, apakah engkau bisa menghadapi hari-hari mendatang yg kian sukar? Ahh ! Persetankan segala bunyi-bunyi mulut disekitarmu. Berbahagialah engkau dengan dirimu yg baru. Belajarlah melupakan kenangan lalu. Kelak kau tahu, ada hikmah disebalik ujian-ujian yg menimpa kamu..

Percayalah.. Org yg berhak mendapat ketenangan adalah org yg sentiasa bersedia menghadapi kematian !

Dalam hidup ni, kerap kali kita menganggap sesuatu sebagai pengakhiran.. Hakikatnya ia adalah permulaan yg baru buat kita.. Kita mungkin tidak tahu. Mudah-mudahan ini adalah permulaan yg baik. Ameen Ya Robb.. Yakinlah sesuatu yg ditakdirkan berlaku, pasti akan berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan keimanan. Redha dan pasrahlah dengan segala ketentuan. Walau di tangan dan di bawah mata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas dan musnah, pasti punah jua. Bersangka baiklah.. 

"Aku tidak pernah membenci kamu secara peribadi. Tetapi kemarahanku akan meledak ! Ahh.. Mengapa tergamak kau mungkiri segalanya.. Keindahan dan kesucian
keamanan dan kebahagiaan yg sekian lama aku dambakan?
Kau bukan aku..
Kau hanya kau yg keliru membungkus diri..
Memilih jalan yg engkau tak pasti !
Sampai hati kau berbicara atas hasutan syaitan 
Ketika aku yakin kau akrab dengan Tuhan ! "

Pergilah engkau pergi. Pergi tinggalkan aku sendiri. Hingga sampai satu saat nanti, aku bisa berdiri.. Tanpa mengharap padamu lagi...

Cintailah sesuatu berpada-pada, bila Allah uji kita dengan ujiannya kita tidak terlalu derita.. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sucikanlah hati dengan mencari Illahi. Kelak satu hari kebahagiaan yg kamu cari, menjadi milikmu yg sejati..

Anda harus kuat dan tabah solehah !