Ahlen ahlen ..

Wednesday 27 February 2013

Gadisku...

Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik…
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang….
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu…
Namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama mawar…
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.......
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......


Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar…
Aspirasi setiap mujahidah….
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya….
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah ......
Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah gadisku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......

Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu
fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani….
Namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
Salah…
Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana
cinta maruah tergadai….
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta…
Cintailah dirimu terlebih dahulu…
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik….
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah …..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Gadisku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi….
Kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali….
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syahsiah muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat….
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama….
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri..."

Friday 15 February 2013

Belajarlah untuk melupakan kelmarin..


Perjalanan ini sungguh memenatkan. Apa taknya, semakin ke penghujung, semakin penat sedangkan beban bertambah berat, Tanggungjawab semakin sarat. Tapi ad ke pilihan lain untuk meneruskannya? Jawapannya tidak sama sekali. Walau penat dan lemah sekalipun, perjalanan mesti diteruskan.. Hidup selagi hidup, Jangan mati sebelum mati.

"Jadilah rumput nan lembut, tak luruh dipukul ribut..
Jadilah karang di dasar lautan, tak terusik walau dilanda badai sukar..
Hitung kesyukuranmu dalam senang..
Awasi kelapanganmu..
Setitis derita segunung kurniaanNya..
Jangan kau harapkan kesenangan..
Hidup ini satu perjuangan..
Jangan dendam berpanjangan...
Maafkan kesalahan insan..
Dalam diam taburkanlah baktimu..
Dalam tenang padamkanlah amarahmu...
Suburkan sabar dalam jiwamu itu...
Kini kau masih dalam timangan, dewasalah bersama harapan..
Kenalilah erti kehidupan..
Kenalilah islam dan berbahagialah bersama imaan...."

Pergilah dikau wahai kenangan lalu. Pergi jauh tinggalkan aku.. Aku kini lebih bahagia. Sabar cik Solehah... Hidup ini pilihan.. Hidup ini suatu perjalanan.. Jika hari ini kau mengalah, apakah engkau bisa menghadapi hari-hari mendatang yg kian sukar? Ahh ! Persetankan segala bunyi-bunyi mulut disekitarmu. Berbahagialah engkau dengan dirimu yg baru. Belajarlah melupakan kenangan lalu. Kelak kau tahu, ada hikmah disebalik ujian-ujian yg menimpa kamu..

Percayalah.. Org yg berhak mendapat ketenangan adalah org yg sentiasa bersedia menghadapi kematian !

Dalam hidup ni, kerap kali kita menganggap sesuatu sebagai pengakhiran.. Hakikatnya ia adalah permulaan yg baru buat kita.. Kita mungkin tidak tahu. Mudah-mudahan ini adalah permulaan yg baik. Ameen Ya Robb.. Yakinlah sesuatu yg ditakdirkan berlaku, pasti akan berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan keimanan. Redha dan pasrahlah dengan segala ketentuan. Walau di tangan dan di bawah mata sendiri, andai ditakdirkan hancur, terlepas dan musnah, pasti punah jua. Bersangka baiklah.. 

"Aku tidak pernah membenci kamu secara peribadi. Tetapi kemarahanku akan meledak ! Ahh.. Mengapa tergamak kau mungkiri segalanya.. Keindahan dan kesucian
keamanan dan kebahagiaan yg sekian lama aku dambakan?
Kau bukan aku..
Kau hanya kau yg keliru membungkus diri..
Memilih jalan yg engkau tak pasti !
Sampai hati kau berbicara atas hasutan syaitan 
Ketika aku yakin kau akrab dengan Tuhan ! "

Pergilah engkau pergi. Pergi tinggalkan aku sendiri. Hingga sampai satu saat nanti, aku bisa berdiri.. Tanpa mengharap padamu lagi...

Cintailah sesuatu berpada-pada, bila Allah uji kita dengan ujiannya kita tidak terlalu derita.. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Sucikanlah hati dengan mencari Illahi. Kelak satu hari kebahagiaan yg kamu cari, menjadi milikmu yg sejati..

Anda harus kuat dan tabah solehah !

Sunday 27 January 2013

Aku adalah aku.


*Tampal koyok tepi kepala.

Bismillah pembuka bicara..
Sejak bila ak rajin update blog pon tak tahu la.. Miahaha.. Opss cop copp coppp ! takleh gelak lebih-lebih. Tak elok.. Nanti bakal mak mertua kate apelah bakal menantu ak ni x senonoh gelak kalah mak jemah :'O

Errr. Err... Semalam n kelmarin ak join katering ayh. Jumaat n sabtu. Penat. Sumpah penat kalo hati x ikhlas tolong mak ayah. Ngaaaaa..

Ape ek nk cite? Oooooo...Nk cite pasal kena ngorat ke?? Oh tidak same skali. Sapela nk pandang muke mak jemah ni. Pakai pon comot-comot. Takde make-up bagai.. Simple and flexible. Ahakss !

Nk cite peranan ak dlm cerita kali ni laa. Sape ak sebenarnye dlm misi kali ni. Haaa, memandangkan ak harapan mak ayah selepas akk-akk n abg-abg sekalian dah ad keluarga sendiri sooooo terasa berat juga tanggungjawab yg perlu digalas ni... Alhamdulillah, Allah kurniakan ak tubuh badan yg sihat, tenaga yg kuat setanding tenaga lelaki. Ak bisa buat kerja-kerja yg lelaki boleh buat jugak. Haaaaaa? Ohpocot. Betol ke cik seha boleh buat semua tu????? :'O

Iyeee... Betol.... sumpah tak tipu punye.. Sedangkan tong gas penuh tu pon cik seha ni kuat angkat.. Entah tenaga dr mane tah turun pd cik seha ni.. Musykil kuasa lapan ! Mungkin Allah anugerahkan kekuatan itu untuk cik seha bantu ringankan beban mak ayah kot. Mungkin laa.. Ape2 pun say alhamdulillah atas segalanya.. Thanks Allah.. :'))
Tp mak punyela risau tengok ank dara die ni. Kemain lg die menjerit.
"Kak haa! Ape angkat tong gas tu???? Bahaya tahu?? Kang jatuh plak peranakan tu susah nk pegnen nanti..."

Erk !

Mak.. Dun worry, kak ha okay je.. Kak ha rase mampu n kuat nk buat tu semua.. Kalo x, mane mungkin kak ha terlarat nk buat kerja-kerja laki sume tu? Haaa... InshaAllah takde pape.. Selagi kak ha mampu, inshaAllah boleh !

Kuat betol la cik seha ni. Kalah org laki. :O Errr nak buat cmne. Kuasa Allah.. Allah yg bg.. Sampaikan pernah satu hari ad sorg pakcik tegur mase ak ngah penuh bertenaga angkat meja..

"..Ohoii adik oiii... Berat meja tuuuu... Adoiidoii...."

Jawapan ak simple. "Eh taklah pakcik. Sy rase ringan je ni.. Takpe da biase.. Wekkk :P.."

Hambikkk.. Juling mate pakcik tu. Ingt ak ni mcm pompuan-pompuan lain ke.. Ak seolah-olah ade kuasa luar biasa yg org lain tak ade. Cewahh !

Mungkin itu salah satu kelebihan ak yg Allah kurniakan. Kelemahan ak yg paling lemah sekali adalah tahap ketidaksabaran yg tinggi dan tak dapat dibendung lagi. :O
Sounds scary right?

Miahahahahahahahahaha... !

Masa katering semalam ad gak la certain-certain situation yg ak takleh nk handle. Keciwa gak dgn diri sendiri. Mudah sgt melenting n susah sgt nk kool kan diri ni.. Haihhh..
Untunglaa ad pekeja yg keeps giving advice lagi dan lagi.. Alhamdulillah.. Ak terima dgn hati yg terbuka.. Mmg betul pon ap yg die kate tuu..

"Hidup ni tak lari dr masalah n kite semua nak taknak kena jugak hadapi no matter what.. Susah cmne skalipun kita takleh nk lari.. Makin kite lari, makin dekat die kejar n lame-lame masalah itu yg membuat kite jd stress..."

See..

Alhamdulillah.. Tenang gak hati untuk tazkirah yg beberapa minit tu.. Sambil duk istighfar.. Makin kite marah makin banyak setan-setan besar dok nyakat n cucuk-cucuk kite.. Soo, ambiklah peluang tu, tenangkan hati..
Best ! Kalo ade org-org yg sentiasa mengingatkan.. Itu adalah ak.
Marah cmne sekalipun ak tetap akn cair kalau ad yg mengingatkan.

Jadi..

Tolong ingatkan ak jika ak alpa atau leka ! :'O

The end..


Wednesday 23 January 2013

Fasobrun jameel...


Bismillah..
Allahu..
Alhamdulillah... :)
Thanks Allah for this opportunity and this nikmat. I feel so blessed.. El o vee Ee...

Harini nak ckp pasal sabar.. Ye sabar.. sabar... sabar... Innallaha ma'assobirin...  sesungguhnya Allah bersama-sama org yg bersabar.. Sabar ye cik seha.. Chill and kool bebeh :O

Ekceli haritu after final exam, eh after ke? Oh lupaaa.. Masa dlm mode exam lg muehehehe adelah sorg hamba Allah ni dok tanye kite...

"Cik seha, awk penah bace dop buku 'Supaya gelisah bernilai ibadah'?"

Ambe pongg slamber la jwb ke die.. Dop penah dengor pongg.. First time in my life.. Wah! Nampak? Speakin' gittuuu.. Miahaha.. Then he said, "ok then, you should try read this book. It was an interesting book."

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? :'O

Nampak tak kesemangatan di situ? Pehhhhh... Aku kena baca buku kee? Buku yg ade pon tak habis baca sampai berdebu berhabuk atas rak buku tu. Wahkakaka budak pemalas baca buku camnii lah dieee... Buku apakah itu?? Ak tertanya-tanya :O

At first i looked at the book, it was like wahhhhh bercahaya gittuuu.. Kelaaaas kau jah.. Mcm excited tahap drakula nak buka tengok isi dalam ape yg ade dalam tu..Nampak mcm best je.. Tp ape yg bestnye ek?? Nape beliau sungguh-sungguh suruh ak baca buku tu..
Then....

Taraaaa..  Dimuka surat yg pertama.. Besssst.... Memang best.. Banyak ilmu-ilmu yang ak tak tahu and baru ku tahu haaaa... Tp yg lg best sebab buku tu ade baaaanyak dalil-dalil and ayat-ayat Al-Quran... Lagila ak meltimmm... Ak kan suka hujah berserta dalil-dalil n ayat quran ni... So rase mcm mantap la skit hujah depa tu. Takdela mcm angin lalu je.. *Fsyiuuuuu~ :'O

I was attracted with this verse..*Nanges gigit bantal sampai pecah !

"..Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada org-org yg sabar iaitu org-org yg apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun yg bermaksud sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya jualah tempat kami kembali..." 
Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah org-org yg mendapat petunjuk..." (al-Baqarah: 155-157)

Nampak?? Allah syg kiteeee... Dia timpakan ujian bukan sebab Dia benci.. Tp dia nak nilai sejauh mane tahap keimanan kita terhadapNya... Why so seriusss?? Ngaaaaa kite ad Allah.. Jaga hubungan dgn Allah, inshaAllah Dia jaga kita... Sentiasa ingat Allah, Dia pasti mengingati kita..

Sollu 'alannabiy..


Wednesday 16 January 2013

16 JAN 13, 10:48PM..


Bismillah..
Setelah sekian lama tak gerakkan jari jemari menari di atas kekotak keypad, akhirnya...setelah beberapa hari berjuang dalam peperangan duniawi, setelah tiga hari menjejakkan kaki ke rumah untuk kesekian kalinya, menikmati cuti-cuti terindah (eh..indah ke??) malam ni ak terbuka pintu hati untuk menulis sedikit ap yg membuat diri meronta dan melonjat girang untuk menulis dan menulis. (heh...serabut mak jemah ni..)

Cerita bermula...
(Eh...tapi td ak da mengantuk tahap cipan sebenarnye...Ape ni...Apeeee semua ni oiii....) Ok, just proceed to the next chapter..Zassss !

Org tua-tua kate, tak kenal maka tak cinta. Bila dah jatuh cinta, padah jadinye. Hah mmg padah bg ngko cik seha blur oii...Padanla ngan muke hang...Sape suruh dok sedap-sedap bg hati kokrang...Tak masal...

Untuk korg sekalian, ak nk ingtkan la..kalau korg tau something yg agak menyentapkan hati korang, mohon mohon mohoooon jgn korg p gatal-gatal duk tnye lebih-lebih kat laki hang....

"Eh abg, betul ke syg dgr dulu abg penah kapel ngan budak tu mase kat kolej dlu...Blablablablab potpetpotpet..."

Hambeekkk ko...Sekali die p balas...

"A'ah yang...Tp die dulu tolak cinta abg...Tu yg abg propose syg ni ha...Takpela, lagipun die budak pandai...Mcm x sesuai plak...blablabalabla"

O'ohhhhh....What the heck?! Seakan bongkah batu jatuh bedebuk kena atas pale...Hambik 100kilo...Mau x meletop jantung ko laki ko dok puji-puji pompuan lain depan ko...Tambah plak ko ni mmg x brape nk awesome, blaja pon biase2 je...Mmg kena tepat atas btg idong...Oii cik seha, ko kena sedar diri sket...*ayat pujuk hati sendri...Wahahahaha...Nanges basah kuyup selimut...Denggg!
Tak rase ke ko ni mcm......Errr forget it...Ko interpret la sendiri...

Perempuan n cemburu mmg xleh dipisahkan. Cemburu tanda syg?? Or cemburu tanda nk kene lempang??

Diam tu lebih baik ke?? Atau diam boleh buat lg tersiksa? Hah. Tepuk dahi tnye diri sendiri...

Sekian saje dr ak yg blur ni..
*Nanges bawah katil.
Bye !









Sunday 25 November 2012

Pesan buat diriku juga sahabat2 seagamaku T.T


Pesan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin...
"..Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.."

Wednesday 31 October 2012

Life's phenomenon

Here are the things that I learned in life.
That no matter how good a person is, sometimes  they can hurt you,
and because of this we must forgive. We dont have to change friends if we understand that friends changed.
The circumstances and the environment influence our lives,
but we are the ones who responsible for our ownselves.
You have to control your acts, or they will control you!
Patience require much practices.
There are people who loves us but simply don't know how to show it.
Sometimes the person you think will hurt you and make you fall is instead one of the few who will help you to  get up.
It's not always enough to be forgiven by someone. In most cases you have to forgive yourself first. No matter how many pieces your heart is broken, the world doesn't stop to fix it. Maybe God wants us to meet all the wrong people before meeting the right one. So when we finally meet the right one, we are grateful for that gift.

When the door of happiness closed, another opens. But often we look so long at the closed one. We don't see what was open us. It only takes a minute to offend someone but it takes a lifetime to forget someone.
Don't look for appearances, they can be deceiving. Don't go for wealth because it can be even fade. Find someone who makes you smile because it only takes a smile to make a day better! :)