Ahlen ahlen ..

Tuesday, 20 March 2012

Muhasabah Cintaku....

 

Muhasabah Cinta

Album : 
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Thursday, 15 March 2012

meoww meoww ..


Saya tersangat-sangatlah menyayangi haiwan bernama kucing. *tapi ngade-ngade sikit sebab nak kucing yang comel-comel dan bersih je* bukan tak suka yang comot-comot dan kotor tu, cuma saya agak takut. Sebab kebiasaannya kucing-kucing camtu agak hyperactive. *betolke?* Whateverlah..

Masih teringat ketika saya di tingkatan enam, ketika prep (shortform untuk preparation before class). Sape-sape yang pernah hidup di asrama mesti tau punye ape mende makhluk yang saya maksudkan tu. Hehe. Okay, proceed. Ada sekor kucing datang kat kawasan kami belajar. 

" Meooow.. meowww... meowwww "

Makin kuat dan makin lama semakin hampir dengan meja belajar kami. Allahuakbar! saya mengucap panjang tatkala melihat seekor kucing yang sangat sedih keadaannya. Sekilas saya terpandang, kepala kucing tu berlubang sebelah kat tengkorak kepala dia. Allah.. Mesti sakit.. Tak lame lepas tu kedengaran suara beberapa orang rakan sekolah saya.

'' Eeee...busuklah! pegilah buang kucing tu jauh-jauh!!" sambil menutup hidung. Ya, bau yang agak hanyir dan memualkan. Saya memanggil kucing tersebut keluar dari dewan belajar. Kucing tersebut hanya mengikuti. Saya cuba berkomunikasi dengan kucing tersebut walaupun saya tak faham bahasa kucing. Dari suara kucing tu saya dapat rasakan yang ia sangat-sangat sakit. Lantas saya membiarkan beberapa ketika untuk membeli ikan goreng dan kembali semula untuk memberikan ikan tersebut. Kucing tu makan dengan lahapnya. Mungkin lapar sangat kot. Kesian dia. Saya hanya memerhati kucing tersebut. Di lubang yang terdapat di kepalanya, saya terlihat beberapa ekor ulat sedang bergerak-gerak. Alamak! saya nak lari tapi tak sampai hati. Saya hanya menahan rasa gerun, geli dan takut dan buang jauh-jauh. 

bau dan keadaan yang sangat kritikal kucing tu membuatkan airmata saya mengalir. makin lama makin deras. Alamak! saya memang agak susah nak menangis tapi malam tu hanya Allah je yang tau kenapa hati saya sangat-sangat sebak. Hati saya sangat tersentuh. Sesak dada saya menahan sedih yang tak mampu nak sorok lagi. Alamak! tetibe saya meraung macam orang kematian suami. Kuat pulak tu. Aduss.. Saya pun tak tahu kenapa la sampai macam tu sekali. Maybe sbb tengok kucing tu menderita kot..kawan-kawan datang pujuk dan tenangkan saya. Aduhai... Saya rasa tak sanggup nak tengok kucing tu lagi. Saya pergi kearah kucing tu dan bercakap-cakap dengannya. Sy doakan dan minta ia mendoakan agar saya selamat dunia akhirat lalu meninggalkan kucing tersebut. Sangat sedih....

Beberapa hari kemudian, ada kawan memberitahu kucing yang saya bagi makan tu dijumpai telah mati tak jauh dr tempat sy jumpa. Akhirnya penderitaannya berakhir juga. Dia juga makhluk Allah yang akan kembali menghadap Tuhan yang menciptanya. hari ini giliran dia, esok lusa kita pula. Moga pengakhiran kita berakhir dengan husnul khotimah. inshaAllah...

SEKIAN..

Wednesday, 14 March 2012

Ujian Apakah Ini? Aku lemah...

 

Aku berjalan seorang diri, melepasi laluan sunyi itu, menyusuri malam yang penuh dengan gelap gelita, dan hanya bertemankan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa. Tiada angin yang menghembus. Berbekalkan semangat yang hampir ke tahap lemah, aku gagahi jua untuk melangkah pulang ke bilik. 


Sendiri. Fikiran jauh menerawang entah kemana. Hanya jasad yang menggerakkan jisim untuk bekerja. Aku paksakan langkahku agar bergerak sepantas mungkin tetapi tiada kudrat. Perlahan-lahan langkah kutuntun, semakin lemah, bila-bila masa akan rebah jatuh kebumi. 

Aku menyeka airmata yang sedari tadi bertakung di kelopak mata, agar tidak jatuh tumpah kepipi. Perlahan-lahan aku menahan sebak di dada. Ya! aku menangis. Tetapi didalam hati. tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan Dia. Allah. Aku bergantung harap padaMu. Engkau yang berkuasa, Engkau yang merencanakn sesuatu dan Engkau jualah yang Mengetahui pengakhiran atas segala ujian yang diberikan keatas diriku.

Aku mempercepatkan langkah yang kian lemah, dengan harapan aku bisa menghempas badanku di atas tilam setibanya di bilik nanti. Ia adalah tempat yang paling kerap untuk aku melepaskan kemarahan, kesedihan, kemurungan dan sebagainya. Teman baikku.

Setiba di bilik, aku memulas tombol pintu. Serta merta mata bertentang mata dengan salah seorang dari
'roomate' yang kebetulan memandang tepat ke muka pintu. Aku hanya mampu melemparkan senyuman sekadar yang termampu. Penat. Hanya yang terzahir itulah yang mampu aku berikan tatkala diri dihujani pelbagai tekanan yang seakan tidak relevan pada umurku sekarang. Disaat ini, aku amat memerlukan sebenar-benar ketenangan, untuk aku muhasabah kembali, mengingati kembali apa yang sedang terjadi, dan saatnya untuk aku mengadu nasib pada yang Esa. Aku sangat-sangat lemah ketika ini. 



Setiba di dalam bilik, lantas aku mengurus diri setakat apa yang perlu. Dengan cepatnya, aku menghempas badan ke tilam. Airmata yang sedari tadi kutahan-tahan merembes keluar tanpa henti. Penat. Sangat penat untuk mengeluarkan armata. Kurasakan kepala bepusing, mata berpinar-pinar. Aku seperti tidak mampu mengawal emosi lantas keluar menuju ke bilik air. Mengangkat wuduk. Airmata tetap mengalir. Hangat.

Aku teringat wajah ibu dan ayah. Wajah yang bersama-sama denganku tika senang dan susahku. Yang memahami dan menyayangi aku dengan setulus hati. Aku rindu! Ingin rasanya aku terbang pulang kerumah jika aku punyai kuasa sakti. Tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa yang bergantung harap pada sang Murobbi. 



"Allah takkan timpakan sesuatu ujian atas hambaNya yang tak mampu untuk tanggung ujian tersebut"


Masih terngiang-ngiang lagi nasihat yang ayahanda sampaikan ketika aku dilanda masalah. Ayah, seorang lelaki yang amat memahami setiap anak-anaknya walaupun tegas dalam didikannya. Aku bangga dikurniakan ayah sehebat beliau. Serasa tidak sanggup untuk aku menghubungi mak dan ayah ketika ini. Bimbang nanti tiada kata yang mampu aku ucapkan, hanya airmata dan esakan yang menjadi perantara. Mungkin akan menimbulkan kerisauan di hati orang tuaku. Lebih baik aku mendiamkan diri. Menanggung sendiri masalah yang aku sedang hadapi.


Di dalam coretan ini, aku meluahkan kesedihan. Aku menangis semahunya agar hari esok, aku bisa ceria seperti kembali, dengan senyuman yang sentiasa meniti dibibir, semangat dan azam yang baru. Malam ini, aku perlu muhasabah kembali, mencari ruang untuk mengenalpasti dan merungkai permasalahan yang menghantuiku sejak beberapa hari. Mungkinkah ada sinar kebahagian? Aku amat-amat mengharapkan. Dia yang mencaturkan sesuatu perkara dalam hidupku, aku harus mengadu padaNya. Moga hari esok, hilanglah segala masalah yang memberati kepala aku. Agar aku bisa tenang, setenang air dilautan.. 

Tuesday, 13 March 2012

Click !! clik !

Geng Bas Uia's members..Grup yang aku join, yang mana ia tersangat-sangatlah osem! macam-macam ada..



Sepetang Bersama di Wangsawalk.
Bersama-sama akak-akak GBU. Cari barang-barang untuk gathering..

Ni Best Pren Saya di UIAM. She's from Thailand. Sawadikaa...

Kami keluar bersama ke Times Square. Shopping, makan, bowling and much more!




~Sekian~

Selamat Bermujahadah Sayangku Zauj . . .

 





Untukmu Zaujku..

Assalamualaikum Zaujku..

Apa khabar hati dan iman mu hari ini ??

Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan?? 

Soal hati ya??

Wahai Zaujku, payah bukan tatkala kita jatuh cinta??

Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang..

Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah..

Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah..


Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta..

Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa..

Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati-hati kita.

Hadirnya hadiah itu sebagai ujian, sebagai tarbiah.


Tabahlah wahai Zaujku, moga diberi kekuatan selalu.

Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.

Dia Maha Mengetahui apa yang kita mampu.


Yakinlah.. Rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.

Dia Maha mendengar bukan?? Dia lagi Maha Penyayang.

Mana mungkin doa-doa hambanya yang kamu tidak pernah dengari.

Ingat! Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu..
Bukan hanya semua yang kita mahu.


Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,

Semuanya akan menjadi tersangat indah..

Waktu itu akan tiba jua Zaujku..

Saat hatimu dan hatiNya tenang bersatu, diabdikan hanya kepadaNya.

Rasa cinta itu akan tiba kelak. Dekat!

Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.

Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.

Andai belum cukup bersedia, Mujahadahlah wahai Zaujku.

Doaku padamu agar kamu sentiasa tabah..

Selamat bermujahadah wahai Zaujku.

p/s: dicopy dari Muhammad Hafizool Abd Halim, dan diubah sedikit oleh saya ^_^
 

Sunday, 11 March 2012

Ku Pohon RedhaMu ..





Ya Allah ..
Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi.. Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan-MU.. Aku memohon dalam kerendahan hati ini agar KAU limpahkan Rahmat Kasih Sayang-MU keatas diriku.. Ampunilah segala dosaku Ya ALLAH.. Tanpa keampunanMU, semakin hinalah langkahku di atas muka bumi ini..

Ya Allah Ya Tuhanku ..

Aku banyak berdosa terhadap kedua orang tuaku.. Aku sering meminggirkan mereka tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah di dalam hati.. Aku terlalu asyik dengan duniaku sehingga membuatkan aku semakin menjarakkan diri daripada-MU..

Ya Rabbi..

Aku merayu dengan setulus hatiku.. Terimalah taubatku dan juga doa keinsafan dariku .. Sesungguhnya aku lemah tanpa pertolongan darimu.. Aku berharap dengan sebenar2 pengharapan keatasMU Ya Allah..


Ya Ghaffar..
Sampaikanlah pahala dari segala apa yang aku perolehi kepada kedua ibu dan bapaku.. Sesungguhnya tiada apa balasan lain yang lebih mulia selain daripada menghuni SyurgaMu yang penuh kedamaian, kenikmatan dan ketenangan Ya Allah..


Ya Fattah..
kepadaMu aku berserah.. Kurniakanlah keatas diriku ketenangan, kedamaian, keikhlasan dalam mengerjakan ibadahMu.. Datangkanlah sifat qanaah dan bersyukur keatas setiap nikmat yang Engkau berikan Ya Allah.. Jadikanlah aku muslimah yang SOLEHAH.. Aku mengharap agar pengakhiranku di dunia ini beakhir dengan husnul khotimah.. penuhkanlah dalam jiwaku sifat ketaqwaan dan keimanan agar aku bisa tenang menghadapMu di akhirat nanti... Jika tidak kerana limpahan Rahmat dariMu, nescaya aku termasuk dalam kalangan hambaMU yang rugi....