Untukmu Zaujku..
Assalamualaikum Zaujku..
Apa khabar hati dan iman mu hari ini ??
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan??
Soal hati ya??
Wahai Zaujku, payah bukan tatkala kita jatuh cinta??
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang..
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!
Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah..
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah..
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta..
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa..
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati-hati kita.
Hadirnya hadiah itu sebagai ujian, sebagai tarbiah.
Tabahlah wahai Zaujku, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui apa yang kita mampu.
Yakinlah.. Rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha mendengar bukan?? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang kamu tidak pernah dengari.
Ingat! Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu..
Bukan hanya semua yang kita mahu.
Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
Semuanya akan menjadi tersangat indah..
Waktu itu akan tiba jua Zaujku..
Saat hatimu dan hatiNya tenang bersatu, diabdikan hanya kepadaNya.
Rasa cinta itu akan tiba kelak. Dekat!
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.
Andai belum cukup bersedia, Mujahadahlah wahai Zaujku.
Doaku padamu agar kamu sentiasa tabah..
Selamat bermujahadah wahai Zaujku.
p/s: dicopy dari Muhammad Hafizool Abd Halim, dan diubah sedikit oleh saya ^_^
No comments:
Post a Comment