Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik…
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang….
Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu…
Namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama mawar…
Dari
kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang
memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang.......
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......
Gadisku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar…
Aspirasi setiap mujahidah….
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya….
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu
yang terdedah ......
Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun
............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu
lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah
mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...
Namun ingatlah
gadisku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan
baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai
azam , usaha dan istiqomah.......
Gadisku ....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah
kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu
fitnah
yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap
kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....
Oleh itu
gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al
Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk
kepentingan tertentu.....
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...
Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa
menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....
Gadisku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani….
Namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang
Salah…
Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana
cinta maruah tergadai….
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta
itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak
dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan
tidak kerana Allah SWT ...
Sebelum kau mendekati cinta…
Cintailah dirimu terlebih dahulu…
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik….
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah …..
Semoga
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan
timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............
Gadisku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi….
Kerana
hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya
akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada
Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali….
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syahsiah muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat….
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama….
"Cintakan
manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang
insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan
seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada
suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang
kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri..."

wow gmbr pertandingan cup cake kan?
ReplyDelete