Ahlen ahlen ..

Monday, 1 October 2012

Demi kasihnya ibu

Suatu Hari..

“ Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pendamping hidup “
Sang ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “ Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak kamu akan kecewa, kerana dia pasti menua. Anakku, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi ramai wanita, kerana kamu belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya , kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya. “

“Anakku,
Pilihlah dia kerana akhlaknya yang mulia
Pilihlah dia kerana kasihnya kepada semua manusia
Pilihlah dia kerana imannya”
Tambah sang ibu
“ Ibu, dan bagaimana aku tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu ia kaya, tampan, terkenal ?" tanya sang anak

“Ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”

“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyakkan amalmu…
Dan jika hari itu tiba…
Terimalah jasad yang berani melamarmu. Setidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menebar pesonanya, namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kamu tentu boleh memilih..namun ingatlah Jika kamu alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga nasabnya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya. “

“ Istikharahlah..
Dan…Jika pilihanmu mantap padanya…
Bernikahlah..kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah dan kamu akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu…
Raihlah Cinta bersamanya…
Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…
Kekuranganya akan menjadi bumbu-bumbu cinta diantara kalian..
Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…
Saling memperbaiki akhlak..
Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.

Harungi bahtera rumah tangga denga senyum ceria
Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..
Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaqnya, kukuh azzamnya.
Dan…..
Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati.. “

No comments:

Post a Comment